Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 19, 2011

Cincin kahwin dah beli *yeay*

seminggu ni asyik dok survey butik n kedai emas. letih jugak bab survey2 ni kan. nak pilih yg the best n berpatutan maknanya mem'bajet sangat lah.

hari ni nak cerita pasal cincin. ingat nak beli dah dekat2 time kahwin nanti. tapi encik tunang dah bebising suruh beli awal. almaklum lah harga makin lama makin mahal bukan makin murah ye. lagik kan pulak yang keluarkan duit adalah beliau. bukan perempuan kann. so dia risau bajet larik hehe.

memula pergi queensbay mall nak cari habib jewels. bila masok mata memang julingggg sesangat! suka nya cincin kat habib. batu berlian yg sangat shantekk! tapi harga cincin2 yg aku berkenan adalah 3k keatas! si dear dah jeling macam cacing kepanasan tanak duduk lelama haha.

aku sangat pahammm. takkan nak kikis duit dia sampai sebegitu rupaa kan?! nanti kenduri jemput org makan nasik ngan sambal ikan bilis je lahh camtu hahaaha. nehi nehi. kesian kat dia jugak. lagipon kami ni bukan orang banyak duit. kais pagi makan pagi. kais petang mkn petang. so berserdahana lahh!

lari balik pergi wah chan. terus setuju amik cincin kat situ. dapat pulak extra gift gelang tangan comel si dear kasi. padahal aku yang menyendengg je hehe. apa apa pon semuanya dibawah bajet si dear. yg mana termampu oleh dia. aku dah bersyukurr :)

Thursday, April 14, 2011

Hari pertunangan zue

ahad lepas salah seorang my friend bertunang. so aku plan nak kasi sesuatu. tak kisah sebagai hantaran atau untuk dia je, cuba teka apa?


tadaa.. homemade coklat oleh saya. amik masa sejam lebih utk siapkan coklat ni. pukul 12 terus gerak pegi A tu Z nak carik riben. masuk keta tengok coklat mencairr.. huwaa tengah panas terik kot.


dah mengembang huruf tu. ada yg dah melekat kat cover coklat tu. aku terus pasang air cond paling kuat atas bawah. then terus letak coklat kat bawah supaya air cond dapat keringkan peluhan coklat. en. tunang geleng kepala tengok perangai aku huhu. aku letak kat bawah tapi kaki naik atas laa.. lagi pon coklat tu dah kedalam bukan bawah aku pon.. err paham idak?

sampai2 je tengok zue boleh lepak kat luar minum ke makan. selamba betul minah tu. mementang la rombongan lelaki datang lepas zuhur. rilek je dia borak dengan kekawan. aku dulu masa bertunang siap sorok2 dalam bilik lepas bersiap tanak orang tengok. mcm malu2 gitu haha poyoss



selamat bertunang zue. oh zue ni kawan gedik2 aku masa dulu kala. sampai sekarang still baik walaupon jarang berjumpa. kemungkinan kami share tarikh kawin. adoiii laa



aku lepak sampai pukul 3 tapi tak sempat gak tengok dia disarung cincin sebab rombongan pukul 3 lebih baru sampai. so aku say bye bye laa.. hangin je zue dengan rombongan lelaki yang lambat sebab mekap dia dah cair hehe

Wednesday, April 13, 2011

Jualan murah Cavenzi yg tak berapa murah

hari isnin lepas my dear bagitau cavenzi ada sales gila2. sofa 2+3 RM155 je. aku macammmm biar betol? punya lah tergedik nak pegi habis keja tu. tapi takde geng lah pulak. dia pulak keja shif petang. so tak dapek lah nak pegi. aku pujuk kawan aku pegi nasib dia pon teringin nak pegi tengok.

sampai sana jumpa dengan SA yang berjaya jual barang diorang kat kami hari tu. dia ingat pulak muka aku ni walaupon dah 2 bulan lepas. bajet aku nak beli barang lah tu. memang lah nak beli kalau betul ada sofa RM155 tu. sekali nan ado lah. dia tunjuk aku sofa yang RM6++ keatas cis bedebah. hampa keciwa aku baru nak dpt harga best2. dia suruh aku pegi bawah tengok sofa L shape yang display punya. itu je satu yang tinggal utk dijual. bekas2 orang lalu lalang pegi lepak duduk kat sini. tanakkk laah aku. yang tu harga dia RM199. singgit lagik 2 rat. saiz dah comei tapi macam2 manusia sangat dah penyekkan sofa tu.

kaler biru putih bunga2. aku suka saiz n bentuk mcm ni. comeiii je tapi takde jodoh

lepas tu pusing2 tengok balik apa yang aku dah order dulu tu. boleh tak dalam kepala otak ni aku nak tukar lagik apa yg aku dah booking?? wut da hell kan. selagi tak jadik hak mutlak memang tak tetap pendirian. siap sms bagitau tunang cakap aku nak tukar set katil tapi yang mahai sikit haha. jenuhh melayan diri ni.




ekceli malas nak pikir sangat buat serabut. KIV la dulu hal2 ni kan? bagi settle hal kawin baru pikir hal lepas kawin? macam tu ke? bukan ke kehidupan selepas kawin lebih penting dari majlis sehari yg meriah tu tapi dalam hanya majlis satu hari tu lah hampir duit2 pasangan yang nak kawin lebur 20-50k? bukan ke kan? 

kadang2 rasa macam nak akad nikah buat kenduri doa selamat je bila semua benda2 ni bermain kat otak. tapi kita ada family, sedara mara, kwn2 rapat.. dimana semua pegang pada adat. mana bolehhh takde kenduri kann?? mestilah kena ada walau simple sesimple nya kenduri tu. nanti apa lah mulot org berkata pulak nanti kan. tapi majlis simple apa lah yg tak pakai duit kan? kesiannya kat bakal pengantin yg takde sponsor kena bergantung pada diri sendiri je. penat woo kalau macam tu. boleh nangis hari2.

aku ni dah kenapa? aku stressed sebab perabot  asalnya tadi hahaha *tarik napas panjang2* :P

Thursday, April 7, 2011

hantaran kamera?

kalau rasa tak nak melabur untuk hantaran idaman sidia apa kata kita laksanakan jugak dengan cara lain. at least ada lah jugakkk! masak lah aku kalau nak beli sejibik lagik khas utk dia. yang dah ada pon kekadang terperap kann dear kann?


 sumber: WondeHowTo


sama kan? siap boleh buat makan2 lagik. kenyang perut tu. hihihi

Wednesday, April 6, 2011

Urusan Rumah Cinonet

hari ni amik leave semata-mata nak settle kan urusan "rumah cinonet". pukul 9 pergi maybank bandar sunway buat cek berpalang utk bayar deposit rumah. pukul 10 pegi ke bagan jumpa pemaju then bayar deposit then lari ke kepala batas jumpa lawyer.

sign agreement dan snp. mcm ada kemusykilan disitu antara lawyer dengan bank. orang lawyer  suruh pegi bank pebetulkan apa yang patut. kata ada kesalahan ayat dlm agreement dengan bank. uish aku bukan paham sangat dan aku tak baca habisan pon before ni.

huwaa kena lari pegi bank kat bandar perda pulak. pastu dah jumpa dengan org bank dia cakap tu cuma salah faham lawyer. pulak dah. so x dapat nak settle kan kasi abis urusan tu kena tunggu lawyer panggil balik sambung sign snp lain. so wang dari kwsp tak boleh keluar lagi. kena duduk senyap2 sementara nak tunggu duit pengganti deposit rumah tu.

ni lah pemaju nya. orang penang musti tau

perjanjian ni masa kat pej. lawyer


   si muncung letih tangan kena sign banyak kali

lepas settle sign semua tu walaupon tak boleh kategori selesai.. terus pergi wah chan amik cincin kedua2 org yang satu adjust saiz bagi kecik satu lagik engrave nama utk my dear. cincin aku tak boleh engrave sebab halus sangat.. huwaaaa. awat jari hang haluih sangat ni walaupon hang gemok?? hahaha hampes.

pegi seberang jaya carik butik2 or apa2 je berkaitan dengan kedai baju pengantin walau tak glemer sekali pon kedai tu. jangan heran kenapa aku carik kedai baju pengantin lagik walhal aku dah booking pakej kat butik nun disana.. hahaha dasar tak puas hati laa aku ni. semua ni adalah sebab BAJET hahahaha. owner butik yg sinun tu dah call aku 2 kali dari semalam mintak deposit lagi RM300 sebab dia kata nak pegi beli kain takut kaler yang aku nak habis.. hari tu baru bagi RM100. ala rilek la bang majlis saya 7 bulan lagik. takot saya lari ke?

haha dah main aciluk dah ni. aku tengah konpius.. cerita di entri kemudian. dah banyak sangat lari topik :P





Sunday, April 3, 2011

Warna tema

sebelum ni nak color pink untuk tema sanding. tapi ramai tak setuju sebab pink macam lembut tak sesuai untuk lelaki. apatah lagi my dear adalah berkulit gelap. kesian kat dia kan? tapi dia memang tak kisah pun color pink. rasa macam selfish pulak.


bebaru ni dah survey butik. ada lah dalam 5-6 butik kami jelajah. terpikat dengan satu butik ni. tengok design baju macam best la sikit walaupun baju kahwin ni design lebih kurang je pergi memana butik kot. maybe sebab owner dia adalah designer. so baju memang banyak dia yang jahit sendiri.

mata adalah rambang. lepas tengok pink nak purple. lepas tu nak merah. nak turqoise lah. nak kuning lah. adoi. memang tak tetap pendirian. ushar2 color pastel semua macam menarik je. tapi my dear tak nak. dia kata tak naik seri color pastel. haih. nak color garang ke pun. aku cuma risau tenggelam dengan KULIT GELAP kami ni je.

aku suka gak color terang2. so layan kan je la. aku jadik tak cerewet pulak. dah kata dalam gambar boleh jadi cerah. ye la nanti suruh OP edit gambar cerah secerahnya lahh kan. *sedapkan hati*

akhirnya kami decide memilih color maroon & peach. macam jarang orang pakai kan? pelik ke ek? baju contoh tu memang ada kat butik tu tapi jenis baju kebaya. macam pendek je lah kan. so aku request baju baru. buat labuh ala2 jubah.

aku pun takleh imagine lagi rupa sebenar baju tu nanti. maybe banyak maroon yg diguna. peach ada lah terang peach ke pink. huwarghh tak reti nak decribe. betul ke kah ni.




color lebih kurang gabungan diatas. sesuai ke tak ni? ada idea lain? gabungan color lain. ingat nak gabung peach-maroon n cream jugak. macam mana pulak dengan color baju pengapit? color baju family? kalau bagitau family tema gabungan dedua color mesti diorang nak pakai baju color maroon sebab color adalah menyerlah. tak ke tenggelam pengantin? 

aku tak nak diorang overshadow aku ok. yang pasti aku nak glemer dari diorang hahaha.