Wednesday, May 25, 2011

keliru kain nikah dan kain bertandang

dah sebulan lebih beli kain untuk nikah. tapi tak terasa langsung nak cerita. ok ekceli nak beli kain untuk nikah. memang asalnya haruslah color putih. memang dah sinonim sangat untuk akad nikah kan. aku pulak tak reti nak pilih2 kain lace tu. ikut hati nak je pakai chiffon. tapi mesti kena bangkang dengan mak n encik tunang. katanya simple sangat. eleh. padahal yang tu lagik cantik n sedap pakai.

pilih punya pilih semua aku tak berkenan sangat sebab konpius nak pilih apa yang sesuai. lepas tu nampak pulak lace color pink belacan benang gold. color feveret aku. mak bangkang betul. dia tak kasi pakai pink time nikah. dia kata "orang pakai putih ja la time nikah.. mana ada color2 ni" huwaaa frust la kejap. aku kan tak suka sama macam orang sangat. memang lah nak pelik2 sikit kan. asyik sama ngan orang je kannn. memang saja carik pasal lah kan aku ni :P

 
akhirnya aku beli jugak kain lace yang paling murah kat situ. free sekali kain satin utk lelaki. memang simple sesangat lace dia takde lip lap bagai. cuma sulam2 je. aku memang bajet buat baju kurung moden je untuk nikah.

tapi kan lepas tu aku sempat lagik beli 4 meter kain chiffon bersulam color peach pink. memang simple sesangat tapi aku suka gila ok! kain satin beli color peach pink yang agak striking. gila kan? cadangnya nak pakai masa majlis bertandang memikirkan belah encik tunang cuma buat majlis yang simple je. no pelamin semua tu. aku terlupa kejap pasal kulit kami yang gelap ni tetiba nak pakai color pink peach mcm striking tu. adeh. tapi suka sangat color tu. iskk



sekarang ni ada masalah lain pulak. kami rasa nak amik pakej kat satu butik pengantin. dalam pakej tu dia kasi 2psg baju. maknanya mestilah lah pakai satu untuk majlis belah aku dan satu lagi belah lelaki. so apa aku nak buat dengan kain chiffon color peach tu? aku berangan nak ada majlis berinai malam sebelum majlis tu buat macam adat org2 melaka. saudara mara aku mesti ada bersanding malam. aku pon nak jugak kan. teringin jugak. masalahnya aku tak buat kenduri kat sana. so kempunan lah jugak. nak buat dekat sini aku takut orang penang ni pelik pulak. ye lah tetiba bising dengan kompang dengan mercun nya. mahu nya org  report polis pulak sebab buat bising.. telan ayaq lioq ja la. mcm mana pun tengah tunggu permisi family aku kat sini.

panjangnya bebel. nak ringkas kan. persoalan disini kain lace putih tu aku nak pakai bila? kain chiffon peach pulak waktu bila sesuai pakai? pastu pulak sekarang ni aku berangan nak pakai all white masa resepsi belah aku. family aku sure tak setuju kalau nikah dengan bersanding pakai color putih sesama. kena pilih salah satu la kan. garu kepala tak sudah ni.

pendirian tak pernah tetap selagi tak habis majlis.

Sunday, May 22, 2011

Nur Kasih the movie

demam Nurkasih kembali!

semalam tengok Nur Kasih kt sunway carnivall mall. ekceli tak rancang pun nak tengok malam tadi. sebab dengan baju kurung lagi balik dari kenduri.  menonton bersama encik tunang dan emak aku. hehehe sempoi habis. my mom sehari sebelum tu dah cakap teringin nak tengok nurkasih the movie. dengan encik tunang pulak memang dah plan seminggu before movie tu keluar. dah alang2 keluar bertiga bersama encik tunang teruskan lah hajat tu kan. mak macam terkejut mula2 macam malu2 kucing nak tengok wayang dengan bakal menantu ekeke. dulu2 kalau tengok wayang mesti dengan dia je or dengan kawan2 yg bawak mak diorang sekali. ala sekali sekala mak =P

masa pergi kat kaunter nak pilih seat memang sakit hati jugak lah. sebab full house ok. yang kosong cuma seat depan sekali n kedua depan. nak tak nak kitaorang hantam saja lah. memang melangut lah kepala kan. mak sampai pening nak tengok skrin hehe apetah lagi kalau babak jalan ke lari laju wahhh pitam aku.

perlu ke review movie ni? pastikan yang nak pergi tengok movie ni memang adalah follower dari drama nurkasih dulu.  baru senang nak paham n menghayati versi filem n senang nak mengalir air mata hehe. untuk pertama kalinya aku tengok wayang cerita serius yang suasana panggung sangat sunyi sepi dari mula sampai tamat. kalau tengok wayang aku suka layan cerita gelak2 je or cerita hantu(?). aku bajet ramai yang meng'sebakkan diri tengok cerita ni. aku pun byk kali kena usik ngan en. tunang dia ingat aku nangis. cehh. mata berair je sikit haha.

oh geng makcik2 memang ramai tengok movie ni. termasuk mak aku haha

aku suka lagu Bertemu Cinta dalam movie ni. sekiann.

Tuesday, May 10, 2011

Macarons yang super chomel!

aku geram tengok macarons. bukan sebab sedap tapi sebab comel :P

tapi macam besh je kalau buat doorgift?


 



sumber: Lildaisy

sumber: Azlita Aziz



semua sumber dari org-org kita. boleh lah terjah tengok. bila congak2 kalau macarons ni buat doorgift boleh tahan mahal jugak.ada bajet lebih semua boleh jalan. eh buat candy buffet pon ok gak kan. tapi kena ada tukang jaga lah. semut-semut a.k.a kanak2 riang mesti suka hurung punya. sekejap saja licin hehe

alahai tapi kau sungguh comel lah macarons. aku tahu leceh pembikinan macarons ni. nak belajar buat macarons tapi rasa kesabaran tak cukup tinggi. lemah mental nanti :P

Tuesday, May 3, 2011

vitamin?

sekarang aku dah amalkan makan vitamin. aku amik vitamin C dan E. aku sangat kurang makan buah dan sayur. sangat pemalas. lagi pun sayur tu bukannya sedap heheehe. so kulit aku sangat tak cantiknyaa. kusammm dan kering. tengok muka pun orang kata aku ni muka orang ada penyakit hahahah kurang asamm. muka lesu x bermaya.

masa hari kawin nak jugak nampak berseri sikit kan. at least kita berusaha kan. nak tahu kelebihan vitamin C dan E ni si la rajin kan diri google. aku pon tak berapa pandai. dedulu pon lepas sekolah aku makan segala vitamin dari Amways. tapi haram aku taktau fungsi setiap vitamin. orang lain makan aku pn sibuk nak makann. tapi sekejap je laa sebab bebotol semua tu kena campak kat tong sampahh. sebab ikut org punya pasal hehe.

parut aku banyak kat badan. aku harap la tak banyak pun sikit jadi la dpt kurangkan parut yang tak besh ni. haih lagi 6 bulan nak kawin boleh ke cantik? kenapa tak berusaha sejak 6 tahun dulu wahai pemalas? takpe janji saya ada usaha walaupon tahu hasilnya tak seberapa.



vitamin C tu aku makan yg non acidic. makna nya orang gastrik macam aku boleh makan. takde la pedih perut ke rasa nak muntah ke apa. pastu pulak pilih yang time release. sebab sekali kau makan vitamin tu bila membuang tak ada la kau buang semua sekali serentak. macam membazir pulak. biar la dia serap sikit2 dalam badan tu. dah la 1000mg. weh boleh cerah ni amal selalu hahaha perasan. setahu aku vitamin C ni paling besh kalau kau makan dengan collagen drink tu. carik yang 5000mg.gebu licin lah kulit. eh orang kata lah.

harapnya lagi aku makan vitamin ni bukannya sekadar hangat2 taik ayam hihi.

sesiapa yang tau pasal supplement utk kulit boleh lah share. sharing is caring kann? :)