Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 16, 2011

dah start cuti kahwin

bila dah last minute macam ni banyak plan kena tukar. asalnya kononnya taknak amik cuti sebelum kahwin. tapi terpaksa sebab banyak benda belum setel.

aku cuti start hari ni sampai rabu minggu depan. tu termasuk cuti ehsan 3 hari company bagi. anual leave amik 5 hari sahaja campur lepas kenduri lelaki.

baki anual leave tahun 2011 tinggal 4 hari saja huhuhu.

nak kumpul cuti banyak2 dalam setahun punya lah payah.. tapi sekali nak nak habiskann sekelip mata saja.. 

yang belum setel dalam kepala otak buat masa ni ialah:-


1) hand bouquet nikah (carik yang bunga pelesu je atau fresh flower? jenis bunga? hydrangea, gerbera, rose, lily? tak payah bunga lah boleh? hihi

2) kasut nikah, kasut sanding (color tudung kena sama dengan color kasut ke?kalau tak berkenan butiknya. boleh tak pakai kontra ngan color baju?? hehe)

3) tudung nikah, belum carik sebab kes tak dapat lace perca baju hari tu. so kena cari jalan lain. tudung sanding baru dapat perca kain dari butik. nak pakai sama color ngan baju dia tak kasi suh pakai light2 pulak. mana la aku tau light sangat ke sikit ke purple kan banyak tone dia.. tapi perca nya baru bagi semalam.

4) signage mula2 pikir tak perlu pon. sebab orang2 sini mostly tahu lokasi kenduri.  tapi memandangkan ramai tetamu sedara mara jauh yg memang tak tahu langsung jalan sini so kena buat la sikit kot kasi tanda je. kang tak pasal2 dorang terus je naik highway pergi sungai petani. memang naya :P

yang terlupa memang banyak. mesti banyak yg terlepas pandang walaupon mcm2 checklist dah buat. siap ada satu buku utk checklist. tapi kita hanya manusia biasaa tak lari dari kesilapan dan kekurangan kan kan.

2 days to go. dup dap dup dap.

cepat lah habis kenduri ni supaya kepala aku tak sesak n dahi aku tak berkerut memanjangg! :P

Monday, November 14, 2011

tak boleh nikah kat rumah. plan dirombak

lepas satu.. satu dugaan lagi ehehe. gelak sudah laa.

lepas hal baju nikah masalahh ingat dah ok yang lain2. tapiii.. hari sabtu lepas ustaz yang nak nikahkan nanti call rumah. dia cakap dapat arahan dari orang atas tak boleh menikah kat rumah. kena nikah kat masjid atau surau sahaja.

macam terhenti nafasku sekejap huhu..

dah macam2 aku plan macam ni la pulak jadinya. ikut perancangan akad nikah lepas isyak. atucara majlis memang kena rombak walaupon dah nampak kucar kacir sikit.

dah call Jab. Agama Islam Negeri untuk kepastian arahan nikah kat masjid sahaja betul or tidak. cakap dengan ustaz tu ustaz ni. aku dimaklumkan yang Jab. agama islam tak pernah keluarkan memo atau arahan yang macam tu pon. kata ustaz tu boleh nikah kat rumah cuma tak digalakkan je. sekarang ni terpulang pada tok kadi.

call balik pej. agama daerah dorang tetap dengan keputusan menikah di masjid. saja tanya kalau pengantin uzur gimana ustaz? dia kata kita cari je ruang2 tepi kat dalam masjid tu. oh ustazz rumah saya dekat dengan masjid. apa salahnyaa alang2 datang rumah saya terussss. boleh makan  kenduri sekali kannn?

aku tak sure pejabat agama daerah lain ada masalah macam ni ke tak.

tapi takkan lah nak argue ngan org pej. agama hanya semata nak menikah dirumah??

oh aku nak menikah. janji menikah.

kena cari kasut nak pergi masjid walaupon dekat. takkan nak gonjeng pakai selipar crocs 10 hengget tu kannn?

perihal baju nikah.. dah hantar alter. cuma longgarkan sikit baju dan kain. tetap meleretss. nanti dayang2 aku kena tolong pegang kain jalan masuk masjidd. over kan? carik merata2 butik baju kurung warna putih tapi nan ado. kebanyakan kurung moden kain chiffon cuma ada off white ke cream. kenot2 sebab tak berapa kena dengan baju lelaki. ada jumpa pon putih design cantik tapi saiz tak ada. so balun je lah pakai baju yg yang sedia ada tu. nasib lahh :P

Wednesday, November 9, 2011

nangis tengok baju nikah

tajuk tak boleh blah.

tapi memang tengah kecewa. amik baju nikah 2 pasang putih + peach dari butik. ingatkan mesti ok punya baju2 tu. rupanya hanya harapan belaka. punah, hancur, luluh hati aku bila try pakai.

baju putih tu asalnya nak buat kurung moden cukop lah. tapi akibat terpedaya dengan kata2 org butik "pakai kebaya labuh lah cantikkk"

memang la cantik kalau kena gaya. sekali aku pakai betul2 melekap ketattt kat badan kot. aku dah terpikir ni baju nikah ke baju nak naik pentas catwalk? dah la kain dia buat ala2 duyung style empire tu meleret ke belakang. alooo ni baju nikah kot. aku nikah kat umah je. perlu ke meleret bagai?

lining pon betul2 atas pinggang. aku tunduk sikit je memang sah nampak badan belakang. mau terbeliakk mata tok kadi ngan family nanti kangg?

memang aku nangis beb. nak carik baju lain bukan ini masanya. suntuk sangat dah. seminggu lebih je lagi. lagi satu pasal tudung. aku dah siap pesan simpan sikit lace baju aku nak lekat kat tudung. tapi tak ada pon.

baju peach aku cakap takyah la buat tingkat2 ke rambu  ramba ke apa.. tapi ada jugakk. rosak kain. aku bukan penggila fesyen. aku adalah org yang tak reti berfesyenn. tak kesian ke kat aku jad mangsa ni. mahal kot upah jahit baju dedua tuu.

rasa nak mengamuk je. tapi aku sabar. sebab banyak lagik proses lepas ni. apa pulak cerita baju sanding ngan baju tandang nanti? apa pulak cerita pelamin aku nanti? apa pulak cerita mekap aku nanti? apakah nasibbb selepas ni?

muka dah mencuka dari petang tadi. macam mana nak senyum ni?

Tuesday, November 1, 2011

Real Wedding - Q's wedding

centerpiece

doorgift


best dapat pegi kenduri kahwin Qyla & Rafael kat Hotel Seri Malaysia semalam. para pengantin (2 pasang) cantik2 dan tampan2. pelamin kelazzz! aku suka gabungan kaler merah purple! makanan sedap sangat. suasana meriah sangat. glemer mcm artis ye lah kan tetamu yang dtg tanak berganjak dan tanak bangun dari meja walaupon dah abis makan sebab nak tunggu pengantin sampai hahaha..

serius la memang meriah betul. aku sampai pikir kenduri artis mana la aku attend ni. aku siap paksa2 tunang aku pegi kehulur hilir jadi paparazi ambil gambar candid pengantin heheh.. aku pulak malu nak pegi depan jumpa pengantin sebab photographer ramai sangatt.. malu ai! ahahaha.. sorry noh q.. aku update dulu. tunggu hang update mesti lambat lagi :P

meh layan beberapa gambar yg aku rajin upload. padahal gambar pengantin punya laa byk tunang aku amik tapi aku malas nya nak resize. 




photo guestbook by Rosebay Creations

pelamin yang gojes!









watermark pon tak ada. belasah je laaa hehehe