Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 27, 2011

tolong vote OP yang saya shortlist... dah pening kepala ni

sebab terlalu banyak pilihan atau dah tak ada pilihan?? hahaha

pilihan pertama dan kedua yang telah meng-frust-kan aku. maknanya aku tak dapat booking la. aku tak nak letak url website dorang. bahaya nanti dorang boleh detect aku sedang bercakap2 kat sini haha. aku boleh kasi url fb je lah ok.

no.1)

beliau ialah kawan blog yang aku dah lama kenal sejak tahun 2006-2007. memang friendly betul dia. baik sangattt talak sombong punya. makin lama tengok hasil kerja dia makin mantap. sampai termimpi2 laa bila aku kawin nanti aku nak hire dia je. then lepas beberapa tahun aku stop blogging aku just jadi silent readers pada semua kawan2 blogger yg lain. ada baca satu entri dia terselit dia tulis macam nak berehat ke cuti ke apa dari shoot wedding masa bulan aku nak kawin tu. so aku senyapp laa sampai berapa bulan lepas baru aku tanya dia. memang jawapan hampa sebab dah ada orang booked n dah bayar depositt. nangis aku ok. aku siap cakap kat dia kot2 aku boleh tukar tarikh kawin sebab nak hire dia hahaha. memang tak dapek laa sebab aku dah booking dewan dekat rumah aku. bukan senang nak tukar. paham2 je la cuti sekolah memang full house. sebab tu aku benci kenduri time cuti sekolah. *emo tetibaaa*

ramai b2b yg hire dia jugak. yang aku perasan salah seorangnya ialah reen tart nenas.

 2)

rasanya dia asal penang. tapi tinggal area kl maybe. sebab dia ada dalam senarai northern 20 photographers.
tapi malangnya dia tak pernah reply email aku walaupon dah banyak kali okkk aku email dia mintak quotation. maybe dia busy. maybe email masuk spam. maybe aku tak layakk hire dia? i dont know whyyy! hahaha ok aku kena sedar diri yang aku hanyalah serangga hahaha. ok boleh telan air liur yg meleleh tu. tapi aku memang suka gambar2 dia.




yang kat atas ni terpaksa aku pejamkan mata.

 ok sekarang nak buat pilihan lain. aku buntu dan buntu. dah ada senarai pendek. semuanya area penang. aku dah pening nak tambah survey lagi. tapi kalau ada sila lah suggest haaha..  masa dah suntuk wehh.. aku dok terhegeh2 lagi nak pilih2. ada laa beberapa OP yang aku hampir2 nak booking dahh tapi lebih kurang jadi macam kes no.1 kat atas la. sebab terhegeh2 aku punya pasal. so padan muka kannn.




senarai pendek OP utk akad nikah, bersanding, bertandang.


cuma available tarikh akad nikah sahaja. pakej shoot & burn pon ada. sekali dengan album pon ada. utk satu event akad nikah aku rasa dia paling murah sekali. sikit lagi rasa nak buat payment sekarang hehe. kalau nak puas sila tengok website dia terus. gambar adalah sangat besarrr. yang ni boleh fokus untuk majlis akad nikah saja.







gambar ala2 old skul vintage gitu. macam tak ramai rasanya photographer kat penang yg buat style macam dorang. eh ke aku yang tak tau? heh. oh dorang ni adalah 2 orang. dah jumpa pun. dah tengok sample album pon. dorang peramah jugak. album dorang suggest photobook berbanding custom. tapi terpulang pada customers utk pilih. aku asyik mintak quotation sejak berapa bulan lepas. rasanya dah dekat 10 quotation macam2 aku mintak. tapi tak booking2 pon lagi hahaha. dorang agak penyabar hahaha. masih lagi available untuk 3 event (akad nikah & 2 resepsi).  oh dorang ada caj untuk ke majlis bertandang ke ipoh.







kalau amik 3 event dengan dia memang untung gila. banyak pulak extra gift dia kasi. harga boleh tahan murah jugak. tengok kat website dia memang biasa cover majlis untuk dewan. oh dia seorang sahaja ok. extra caj kalau nak tambah photographer. lagi satu tak ada extra caj kalau pegi majlis kat ipoh. shoot & burn berbalaoi jugak. tapi macam rajin ke aku nak edit gambar? jadi gambo berbelang baru tauuu kan? tapi dia shoot kat dewan memang sedia cantik. so no wonder la chandilier2 tu mencantikkan gambar kann. aku pulak hanya sewa dewan rakyat court badminton yg panas tu je. so boleh ke cantik2 mcm pic2 kat atas ni? hihih





tolong vote yee yang mana satu. no.1 ke no.2 ke no.3 ke.. kalau nak lebih puas kena tengok gambar kat website dorang. kat info fb ada dorang letakkan url website. aku dah suntuk wehh. ikut hati aku amik semua skali boleh?? gila tamak ni. utk bertandang di ipoh aku tak jumpa lagi. so kalau boleh disekalikan satu pakej satu vendor. kalau boleh laa. serius aku nak ketiga2 ni jadi OP aku. banyak duit hang dalam bank tu yaaa? hihihi

update: photographer no.3 dah fully booked! makin parah dah keadaan aku sekarang ni. help! any suggestion?? OP dari luar penang pon takpa lahh kalau macam ni punya keadaan. dush dushh