Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 22, 2011

muhasabah diri dengan bacaan yg bermanfaat.

Kredit: iluvislam.com

"Berapa hantarannya?"

"Kenduri bila?"

"Honey moon di mana?"

Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.

Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema serupa!

Namun adalah satu kesilapan bagi bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya.

Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.

LARI DARI MASALAH

Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup. Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.

Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa, mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas. Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan, pakaian dan kediaman akan terurus.
Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : JANGKAAN & HARAPAN, KOMUNIKASI dan PENYELESAIAN KONFLIK.

Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.
JANGKAAN & HARAPAN

Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu. Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.

Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan. Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.

Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.

Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan: kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.

Kita tidak boleh mengubah diri seseorang. Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama, tabiat itu akan diulangi. Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.

KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK

Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.
Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik, tidak puas hati dengan rakan sepejabat, bagaimanakah anda menyelesaikannya?

Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif? Atau anda lebih suka memendam rasa?

Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?

Ini penting kerana dalam perkahwinan, seringkali akan timbul perselisihan pendapat. Jika anda tidak cekap berkomunikasi, lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.

Pokoknya, jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini. Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.

Contoh: Sesetengah wanita kuat merajuk, suka bermasam muka dan membatu apabila marah. Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.
Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.

Apabila sudah sering berlaku begini, tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.

Perlu diingat, sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.

REALITI KONFLIK

Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut. Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan untuk lebih memahami suami/ isteri anda.

Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:
  1. Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain. Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri, buat kerja rumah. Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit, tapi masa dan tenaga. Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini. Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
  2. Pengendalian wang – belajar untuk bajet.
  3. Mertua (termasuk ipar duai) – beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda. Untuk ibu dan bapa mertua khususnya, sukar untuk 'let go' atau melepaskan anak.
  4. Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.
  5. Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.
  6. Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu. Adakah ini wajar? Jika sudah tahu demikian, sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?
TIPS BONUS
  1. Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
  2. Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh. 
  3. Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya. 
  4. Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama. Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan. 
  5.  Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri). 
  6.  Menghargai suami/ isteri. Jangan 'take for granted' perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil. 
  7.  Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan! 
  8.  Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
  9.  Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. Perlu diselesaikan segera.
Mudah-mudahan tips di atas menjadi sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang diberkati oleh Allah. Wallahua'lam.

Friday, October 21, 2011

Kisah di pejabat agama - interview kahwin

pukul 3 bangun tido bertemankan torch light henpon hafal 20 soalan interview kahwin tu. sampai betul2 hafal boleh kata!

9 pagi gerak pegi pej agama area spt bertemankan mak n abg aku yg jadi wali tu.  sebelum tu punggah dashboard keta carik borang hiv tak jumpa. terus rasa nak mengamuk berselerak semua barang hahaha bridezillaaa sungguh.. padahal stress dok pk soalan apa la tok kadi nak tanya nanti risauuu. nasib jumpa borang hiv tu.

sampai sana tengok ramai org menunggu. ada yg dtg ngan wali. ada yang datang ngan pasangan. ada yg nak mintak cerai.. erk.

lepas bagi dokumen n borang kebenaran lelaki kat kaunter dorang terus suruh masuk dalam untuk interview. sementara menunggu tu ada orang berpakaian pengantin masuk dalam nak akad nikah. sempoi kan nikah kat pej. agama je. takyah susah2 nak wat kenduri bagai kat umah hehee.

ada couple yg sebelum aku kena interview lama la jugak kat dalam. kena soal 20 soalan kott. slalunya kalau lelaki mesti kena tarbiah duluu nak jadi ketua keluarga la katakan.

lepas couple tu interview ada sorang pompuan pakai seluar je pon terus masuk je bilik ustaz tu. tapi kejap je kena keluar balik x sure kenapa. aku tanya dia masa dia duduk sebelah aku dia nak inteview ke. dia cakap bukan interview. nak booking tok kadi je dulu takot penuh. ohh boleh ye macam tu? nape x alang2 terus interview je kan.


turn aku jumpa ustaz tu masa tu dah kena tukar bilik lain sebab nak bagi laluan kat couple yang nak nikah tu guna bilik tu besar sikit la mandangkan ahli keluarga pon ramai masuk dalam tu.

ustaz yg sepatutnya interview aku dan nikahkan aku dah pencen 2 hari. alahai tak sempat jumpa sebab ustaz tu kwn lama arwah abah aku dulu mana tau tak payah soal apa2 hehe. sebab abg2 aku dulu pon tak kena soal sangat ngan dia. dah kira kenal kot.

ada ustaz baru. muda jugak rasanya. aku cuma di tanya 7-8 soalan je. antaranya mengucap 2 kalimah syahadah, selawat, istighfar, rukun islam, rukun iman, sbb berhadas besar, rukun nikah. memang memudahkan urusan la. tak banyak songeh ustaz ni. pompuan yg dtg ngan couple sebelum aku pon rasanya lagi lama kena soal. oh terimaa kasih ustazz.

lepas tu dia tanya tanak booking date terus ke. eh ofkos la nak kan sebab aku nak nikah tak sampai sebulan je lagi. nasib lah date aku tu dia kosong lagi. aku mintak nak nikah lepas maghrib terkejut gelak dia hehe. gap antara maghrib ngan isyak dekat2 je rushing plak nanti.

so aku cakap lah terpulangkan ustaz la janji ustaz free masa tu n saya nak nikah kat rumah. dia tanya balik kat aku "boleh tak buat pukul 9 lepas isyak? mana lagik senang?" ehh tanya aku plakk. ikut ustaz laa. janji ustaz boleh dtg rumahhh. so tak la rushing nak pegi masjid pastu patah balik rumah kan.. so 28/10 ni amik kebenaran nikah pompuan so wali je dtg amik pon takpe pastu jumpa dia boleh bincang balik pasal hari nikah. sangat flexible la ustaz ni.

lepas dah lulus semuanya kena pegi balik kat kaunter bayar rm5 untuk bayar borang kebenaran nikah. siap kena sound ngan pokcik kat kaunter tu "nanti nak mai amik kebenaran nikah tak payah la mai ngan laki.. mai sorang dah laa" kebetulan abg aku masuk duduk kat blakang aku. aku muka konpius ok. then dia bagi resit.

aku tanya dah sudah ke belum aku tanak bangun lagi sebab tak dpt balance rm5 lg. pokcik tu kata " laki ngan pompuan kan? betui la rm10" aku cam oo yeke err ok terus bangun. padahal aku tau borang tu rm5 je pon. pelik lagi tu.. baru nak tarik pintu keluar pompuan kat kaunter yg hujung skali tu panggil "eh tadi bagi rm10 kan.. ni amik baki rm5 balik" ha kannnn. aku rasa pokcik tu salah pahamm. dia ingat aku dtg ngan couple. padahal abg aku kottt. malas nak tgk muka pokcik tu sure kelatt je hihi.

masuk dlm keta mak aku cite tadik dia jumpa kwn dia kat luar. kwn dia kata tok kadi yg ganti ustaz yg dulu tu anak lelaki dia la.. haa apa? kenal jugak la ye? ehehe. tapi aku tetap tak guna kabel apa2 sebab ustaz tu tak tau apa2. telus gitu. nasib aku je baik tak kena 20 soalan yg details hehe.

dah hilang semua gundah gulana lepas jumpa pegi inteview kat pejabat agama hehehe.

so lepas ni boleh pk hal lain pulak.

Saturday, October 8, 2011

Cheese Tart yang sedap kat Penang

baru2 ni ada order cheese tart for my friend yang nak bertunang. saja order lebih sebab tak pernah rasa cheese tart Kak Anne. baru masuk kereta bau sudah naik. hati tak tenteram lalu aku NGAP terus cheese tart comel tu. ya ampunn sedap kemainn. macam makan cheese cake secret recipe tapi diganti dengan biskut kulit tu. dalam kereta je aku dah makan lebih 10 biji. sedappppnya!



warna warni. ada blueberry, ada oren, ada kiwi, ada strawberry. paling best makan masa tengah sejuk baru keluar dari peti ais. eh teringat sampai sekarang. rasa macam nak order lagi tapi untuk makan2 sendiri je lah. kasi satu balang pon boleh habis makan sorang hihi.

so orang Penang yang cari cheese tart yang comel dan sedap boleh try dengan Liplickin. mmg recommended.

 facebook liplickin - Liplickin Cupcakes

bukan cheese tart saja. Cupcakes pon ada. Wedding cake pon ada. cadangnya kawin nanti nak order kat kak anne je. nak buat hantaran ke pon bolehhh.