Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Baju Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Baju Kahwin. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

keliru kain nikah dan kain bertandang

dah sebulan lebih beli kain untuk nikah. tapi tak terasa langsung nak cerita. ok ekceli nak beli kain untuk nikah. memang asalnya haruslah color putih. memang dah sinonim sangat untuk akad nikah kan. aku pulak tak reti nak pilih2 kain lace tu. ikut hati nak je pakai chiffon. tapi mesti kena bangkang dengan mak n encik tunang. katanya simple sangat. eleh. padahal yang tu lagik cantik n sedap pakai.

pilih punya pilih semua aku tak berkenan sangat sebab konpius nak pilih apa yang sesuai. lepas tu nampak pulak lace color pink belacan benang gold. color feveret aku. mak bangkang betul. dia tak kasi pakai pink time nikah. dia kata "orang pakai putih ja la time nikah.. mana ada color2 ni" huwaaa frust la kejap. aku kan tak suka sama macam orang sangat. memang lah nak pelik2 sikit kan. asyik sama ngan orang je kannn. memang saja carik pasal lah kan aku ni :P

 
akhirnya aku beli jugak kain lace yang paling murah kat situ. free sekali kain satin utk lelaki. memang simple sesangat lace dia takde lip lap bagai. cuma sulam2 je. aku memang bajet buat baju kurung moden je untuk nikah.

tapi kan lepas tu aku sempat lagik beli 4 meter kain chiffon bersulam color peach pink. memang simple sesangat tapi aku suka gila ok! kain satin beli color peach pink yang agak striking. gila kan? cadangnya nak pakai masa majlis bertandang memikirkan belah encik tunang cuma buat majlis yang simple je. no pelamin semua tu. aku terlupa kejap pasal kulit kami yang gelap ni tetiba nak pakai color pink peach mcm striking tu. adeh. tapi suka sangat color tu. iskk



sekarang ni ada masalah lain pulak. kami rasa nak amik pakej kat satu butik pengantin. dalam pakej tu dia kasi 2psg baju. maknanya mestilah lah pakai satu untuk majlis belah aku dan satu lagi belah lelaki. so apa aku nak buat dengan kain chiffon color peach tu? aku berangan nak ada majlis berinai malam sebelum majlis tu buat macam adat org2 melaka. saudara mara aku mesti ada bersanding malam. aku pon nak jugak kan. teringin jugak. masalahnya aku tak buat kenduri kat sana. so kempunan lah jugak. nak buat dekat sini aku takut orang penang ni pelik pulak. ye lah tetiba bising dengan kompang dengan mercun nya. mahu nya org  report polis pulak sebab buat bising.. telan ayaq lioq ja la. mcm mana pun tengah tunggu permisi family aku kat sini.

panjangnya bebel. nak ringkas kan. persoalan disini kain lace putih tu aku nak pakai bila? kain chiffon peach pulak waktu bila sesuai pakai? pastu pulak sekarang ni aku berangan nak pakai all white masa resepsi belah aku. family aku sure tak setuju kalau nikah dengan bersanding pakai color putih sesama. kena pilih salah satu la kan. garu kepala tak sudah ni.

pendirian tak pernah tetap selagi tak habis majlis.