Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Rumah Cinonet. Show all posts
Showing posts with label Rumah Cinonet. Show all posts

Friday, July 15, 2011

IKEA sale

Ikea tengah buat sale dari 7 julai hingga 24 julai.

weekend ni memang nak turun kl. sebab next week ada kursus IT kat HQ. so alang2 boleh lah terjah ikea. aku siap buat shopping list nak beli apa nanti. dalam list aku 79 item yang aku nak beli. hahaha memang gila betul. nafsu serakah ni. total semua lebih kurang 1k jugak la. alasan untuk pengisian rumah cinonet.

tapi itu hanyalah berangan semata2. nak pegi nanti en.tunang hantar. kursus tu aku kena pegi dengan opismet aku. cadang nak naik bas je pegi kursus tapi en.tunang tak kasi. dia kata bahaya pegi naik bas. walhal sebelum aku kenal dia bas dan puduraya tu kawan baik aku lahh. aku ulang alik kl-penang tiap2 minggu tu macam makan kacang je.

dia dah siap amik cuti 2 hari utk hantar aku pegi sana. aku ok je laa dah org pelawa kann. aku dah bagitau siap2 sampai sana je nak terus ke ikea shopping2 dengan bajet yg ciput ni. so 79 item harus dikurang jadi bawah dari 10 item. alaa sedihnyaa. tapi nak buat macam mana. keta kami comei sangat. bonet pon kecitt je.

nak tau list yg wajib aku kena beli? macam wajib tapi kena pikir patut atau tidak. perlu atau tidak yaaa. yang paling penting adalah CERMIN. sebabnya rumah kami sempit dan kecik. so perlukan cermin utk nampak besar.

pic credit to IKEA

HÖNEFOSS
Mirror

 RM69
(kena beli banyak2 baru cantik kan..duit pon cantik hahaha) 



LOTS
Mirror

RM19.90  / 4 pieces
(yg ni murah skit. letak penuh dinding pon besh ni)


KRABB
Mirror

RM49  / 4 pieces
(utk cermin bilik air. tapi kak ipar aku selambe je letak kat dinding hall hihi) 
 

MALMA
Mirror, black-brown

RM3.80
(dah biasa sangat jenis ni. kalo susun banyak pon cun gak. tengah offer ni murahh) 




DUDERÖ
Floor lamp, black, white

RM29
(ok ke letak kat ruang tamu sempit? perlu beli 1 or 2?) 




IKEA 365+

Serving stand, three tiers, 
clear glass, stainless steel

RM59
(berangan nak letak cupcakes ke macarons ke) 
ok itu antara top 6 shopping list aku. benda2 lain kena berbincang secara hemah dengan en.tunang. 
p/s: ikea meatballs tu dah disah halal ke? dlm senarai ni. dah lama x dapat makann :P

Wednesday, April 13, 2011

Jualan murah Cavenzi yg tak berapa murah

hari isnin lepas my dear bagitau cavenzi ada sales gila2. sofa 2+3 RM155 je. aku macammmm biar betol? punya lah tergedik nak pegi habis keja tu. tapi takde geng lah pulak. dia pulak keja shif petang. so tak dapek lah nak pegi. aku pujuk kawan aku pegi nasib dia pon teringin nak pegi tengok.

sampai sana jumpa dengan SA yang berjaya jual barang diorang kat kami hari tu. dia ingat pulak muka aku ni walaupon dah 2 bulan lepas. bajet aku nak beli barang lah tu. memang lah nak beli kalau betul ada sofa RM155 tu. sekali nan ado lah. dia tunjuk aku sofa yang RM6++ keatas cis bedebah. hampa keciwa aku baru nak dpt harga best2. dia suruh aku pegi bawah tengok sofa L shape yang display punya. itu je satu yang tinggal utk dijual. bekas2 orang lalu lalang pegi lepak duduk kat sini. tanakkk laah aku. yang tu harga dia RM199. singgit lagik 2 rat. saiz dah comei tapi macam2 manusia sangat dah penyekkan sofa tu.

kaler biru putih bunga2. aku suka saiz n bentuk mcm ni. comeiii je tapi takde jodoh

lepas tu pusing2 tengok balik apa yang aku dah order dulu tu. boleh tak dalam kepala otak ni aku nak tukar lagik apa yg aku dah booking?? wut da hell kan. selagi tak jadik hak mutlak memang tak tetap pendirian. siap sms bagitau tunang cakap aku nak tukar set katil tapi yang mahai sikit haha. jenuhh melayan diri ni.




ekceli malas nak pikir sangat buat serabut. KIV la dulu hal2 ni kan? bagi settle hal kawin baru pikir hal lepas kawin? macam tu ke? bukan ke kehidupan selepas kawin lebih penting dari majlis sehari yg meriah tu tapi dalam hanya majlis satu hari tu lah hampir duit2 pasangan yang nak kawin lebur 20-50k? bukan ke kan? 

kadang2 rasa macam nak akad nikah buat kenduri doa selamat je bila semua benda2 ni bermain kat otak. tapi kita ada family, sedara mara, kwn2 rapat.. dimana semua pegang pada adat. mana bolehhh takde kenduri kann?? mestilah kena ada walau simple sesimple nya kenduri tu. nanti apa lah mulot org berkata pulak nanti kan. tapi majlis simple apa lah yg tak pakai duit kan? kesiannya kat bakal pengantin yg takde sponsor kena bergantung pada diri sendiri je. penat woo kalau macam tu. boleh nangis hari2.

aku ni dah kenapa? aku stressed sebab perabot  asalnya tadi hahaha *tarik napas panjang2* :P

Wednesday, April 6, 2011

Urusan Rumah Cinonet

hari ni amik leave semata-mata nak settle kan urusan "rumah cinonet". pukul 9 pergi maybank bandar sunway buat cek berpalang utk bayar deposit rumah. pukul 10 pegi ke bagan jumpa pemaju then bayar deposit then lari ke kepala batas jumpa lawyer.

sign agreement dan snp. mcm ada kemusykilan disitu antara lawyer dengan bank. orang lawyer  suruh pegi bank pebetulkan apa yang patut. kata ada kesalahan ayat dlm agreement dengan bank. uish aku bukan paham sangat dan aku tak baca habisan pon before ni.

huwaa kena lari pegi bank kat bandar perda pulak. pastu dah jumpa dengan org bank dia cakap tu cuma salah faham lawyer. pulak dah. so x dapat nak settle kan kasi abis urusan tu kena tunggu lawyer panggil balik sambung sign snp lain. so wang dari kwsp tak boleh keluar lagi. kena duduk senyap2 sementara nak tunggu duit pengganti deposit rumah tu.

ni lah pemaju nya. orang penang musti tau

perjanjian ni masa kat pej. lawyer


   si muncung letih tangan kena sign banyak kali

lepas settle sign semua tu walaupon tak boleh kategori selesai.. terus pergi wah chan amik cincin kedua2 org yang satu adjust saiz bagi kecik satu lagik engrave nama utk my dear. cincin aku tak boleh engrave sebab halus sangat.. huwaaaa. awat jari hang haluih sangat ni walaupon hang gemok?? hahaha hampes.

pegi seberang jaya carik butik2 or apa2 je berkaitan dengan kedai baju pengantin walau tak glemer sekali pon kedai tu. jangan heran kenapa aku carik kedai baju pengantin lagik walhal aku dah booking pakej kat butik nun disana.. hahaha dasar tak puas hati laa aku ni. semua ni adalah sebab BAJET hahahaha. owner butik yg sinun tu dah call aku 2 kali dari semalam mintak deposit lagi RM300 sebab dia kata nak pegi beli kain takut kaler yang aku nak habis.. hari tu baru bagi RM100. ala rilek la bang majlis saya 7 bulan lagik. takot saya lari ke?

haha dah main aciluk dah ni. aku tengah konpius.. cerita di entri kemudian. dah banyak sangat lari topik :P