dah sebulan lebih beli kain untuk nikah. tapi tak terasa langsung nak cerita. ok ekceli nak beli kain untuk nikah. memang asalnya haruslah color putih. memang dah sinonim sangat untuk akad nikah kan. aku pulak tak reti nak pilih2 kain lace tu. ikut hati nak je pakai chiffon. tapi mesti kena bangkang dengan mak n encik tunang. katanya simple sangat. eleh. padahal yang tu lagik cantik n sedap pakai.
pilih punya pilih semua aku tak berkenan sangat sebab konpius nak pilih apa yang sesuai. lepas tu nampak pulak lace color pink belacan benang gold. color feveret aku. mak bangkang betul. dia tak kasi pakai pink time nikah. dia kata "orang pakai putih ja la time nikah.. mana ada color2 ni" huwaaa frust la kejap. aku kan tak suka sama macam orang sangat. memang lah nak pelik2 sikit kan. asyik sama ngan orang je kannn. memang saja carik pasal lah kan aku ni :P
akhirnya aku beli jugak kain lace yang paling murah kat situ. free sekali kain satin utk lelaki. memang simple sesangat lace dia takde lip lap bagai. cuma sulam2 je. aku memang bajet buat baju kurung moden je untuk nikah.
tapi kan lepas tu aku sempat lagik beli 4 meter kain chiffon bersulam color peach pink. memang simple sesangat tapi aku suka gila ok! kain satin beli color peach pink yang agak striking. gila kan? cadangnya nak pakai masa majlis bertandang memikirkan belah encik tunang cuma buat majlis yang simple je. no pelamin semua tu. aku terlupa kejap pasal kulit kami yang gelap ni tetiba nak pakai color pink peach mcm striking tu. adeh. tapi suka sangat color tu. iskk
sekarang ni ada masalah lain pulak. kami rasa nak amik pakej kat satu butik pengantin. dalam pakej tu dia kasi 2psg baju. maknanya mestilah lah pakai satu untuk majlis belah aku dan satu lagi belah lelaki. so apa aku nak buat dengan kain chiffon color peach tu? aku berangan nak ada majlis berinai malam sebelum majlis tu buat macam adat org2 melaka. saudara mara aku mesti ada bersanding malam. aku pon nak jugak kan. teringin jugak. masalahnya aku tak buat kenduri kat sana. so kempunan lah jugak. nak buat dekat sini aku takut orang penang ni pelik pulak. ye lah tetiba bising dengan kompang dengan mercun nya. mahu nya org report polis pulak sebab buat bising.. telan ayaq lioq ja la. mcm mana pun tengah tunggu permisi family aku kat sini.
panjangnya bebel. nak ringkas kan. persoalan disini kain lace putih tu aku nak pakai bila? kain chiffon peach pulak waktu bila sesuai pakai? pastu pulak sekarang ni aku berangan nak pakai all white masa resepsi belah aku. family aku sure tak setuju kalau nikah dengan bersanding pakai color putih sesama. kena pilih salah satu la kan. garu kepala tak sudah ni.
pendirian tak pernah tetap selagi tak habis majlis.
Showing posts with label Persiapan Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Kahwin. Show all posts
Wednesday, May 25, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Cincin kahwin dah beli *yeay*
seminggu ni asyik dok survey butik n kedai emas. letih jugak bab survey2 ni kan. nak pilih yg the best n berpatutan maknanya mem'bajet sangat lah.
hari ni nak cerita pasal cincin. ingat nak beli dah dekat2 time kahwin nanti. tapi encik tunang dah bebising suruh beli awal. almaklum lah harga makin lama makin mahal bukan makin murah ye. lagik kan pulak yang keluarkan duit adalah beliau. bukan perempuan kann. so dia risau bajet larik hehe.
memula pergi queensbay mall nak cari habib jewels. bila masok mata memang julingggg sesangat! suka nya cincin kat habib. batu berlian yg sangat shantekk! tapi harga cincin2 yg aku berkenan adalah 3k keatas! si dear dah jeling macam cacing kepanasan tanak duduk lelama haha.
aku sangat pahammm. takkan nak kikis duit dia sampai sebegitu rupaa kan?! nanti kenduri jemput org makan nasik ngan sambal ikan bilis je lahh camtu hahaaha. nehi nehi. kesian kat dia jugak. lagipon kami ni bukan orang banyak duit. kais pagi makan pagi. kais petang mkn petang. so berserdahana lahh!
lari balik pergi wah chan. terus setuju amik cincin kat situ. dapat pulak extra gift gelang tangan comel si dear kasi. padahal aku yang menyendengg je hehe. apa apa pon semuanya dibawah bajet si dear. yg mana termampu oleh dia. aku dah bersyukurr :)

Subscribe to:
Posts (Atom)