Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 15, 2011

IKEA sale

Ikea tengah buat sale dari 7 julai hingga 24 julai.

weekend ni memang nak turun kl. sebab next week ada kursus IT kat HQ. so alang2 boleh lah terjah ikea. aku siap buat shopping list nak beli apa nanti. dalam list aku 79 item yang aku nak beli. hahaha memang gila betul. nafsu serakah ni. total semua lebih kurang 1k jugak la. alasan untuk pengisian rumah cinonet.

tapi itu hanyalah berangan semata2. nak pegi nanti en.tunang hantar. kursus tu aku kena pegi dengan opismet aku. cadang nak naik bas je pegi kursus tapi en.tunang tak kasi. dia kata bahaya pegi naik bas. walhal sebelum aku kenal dia bas dan puduraya tu kawan baik aku lahh. aku ulang alik kl-penang tiap2 minggu tu macam makan kacang je.

dia dah siap amik cuti 2 hari utk hantar aku pegi sana. aku ok je laa dah org pelawa kann. aku dah bagitau siap2 sampai sana je nak terus ke ikea shopping2 dengan bajet yg ciput ni. so 79 item harus dikurang jadi bawah dari 10 item. alaa sedihnyaa. tapi nak buat macam mana. keta kami comei sangat. bonet pon kecitt je.

nak tau list yg wajib aku kena beli? macam wajib tapi kena pikir patut atau tidak. perlu atau tidak yaaa. yang paling penting adalah CERMIN. sebabnya rumah kami sempit dan kecik. so perlukan cermin utk nampak besar.

pic credit to IKEA

HÖNEFOSS
Mirror

 RM69
(kena beli banyak2 baru cantik kan..duit pon cantik hahaha) 



LOTS
Mirror

RM19.90  / 4 pieces
(yg ni murah skit. letak penuh dinding pon besh ni)


KRABB
Mirror

RM49  / 4 pieces
(utk cermin bilik air. tapi kak ipar aku selambe je letak kat dinding hall hihi) 
 

MALMA
Mirror, black-brown

RM3.80
(dah biasa sangat jenis ni. kalo susun banyak pon cun gak. tengah offer ni murahh) 




DUDERÖ
Floor lamp, black, white

RM29
(ok ke letak kat ruang tamu sempit? perlu beli 1 or 2?) 




IKEA 365+

Serving stand, three tiers, 
clear glass, stainless steel

RM59
(berangan nak letak cupcakes ke macarons ke) 
ok itu antara top 6 shopping list aku. benda2 lain kena berbincang secara hemah dengan en.tunang. 
p/s: ikea meatballs tu dah disah halal ke? dlm senarai ni. dah lama x dapat makann :P

Saturday, July 9, 2011

MATTA Fair Penang 22.7 - 24.7

matta fair sudah bermula.
nak honeymoon? nak travel?
jom kita serang matta fair.
kot2 ada yang tersangkut.

untuk warga penang apa lagi?

Event: MATTA Fair
Lokasi: Penang International Sports Area (PISA)
Masa: 22 Julai 2011 - 24 Julai 2011
Jam: 11pagi - 9mlm


Friday, July 8, 2011

jom honeymoon kat Suria Cherating Beach Resort diskaun 56%

tajuk honeymoon nampak sangat gedik kann eheh.

Groupon ngan MilkAdeal selalu buat orang pompuan macam kita terkebil2 mata n terleleh ayaq liuq tau. ada saja offer yang depa buat.

yang TERbaca tadi utk hari ada diskaun 56% untuk stay di Suria Cherating Beach Resort 2D1N dengan harga rm120 sahaja free breakfast. kalau beli 2 groupon rm240 lah kan? dapat lah 3D2N.

redemption period dari 10 Julai 2011 hingga 10 Januari 2012. lama lagik tu. yang nak kawin hujung tahun ni ke nak rancang honeymoon dekat2 je boleh la kan pergi cherating.


offer nya disini yaa.. jangan lupa register.

p/s: to Q.. kalo ada offer spa kat penang nanti boleh jgn lupa bagitau. kot2 terlepas. boleh pi sekali kan hehe

Monday, July 4, 2011

Kursus Kahwin - Done!

kursus kahwin DONE! itu pun nak kecoh kan? nak kawin lagi berapa bulan baru kalut nak pegi kursus.

aku pegi kursus kat Hasani. penceramah ada yang best ada boring. itu normal la. pada aku kursus kawin tak cukup 2 hari. penceramah yg best suka meleret cerita buat lawak tapi tu lepas banyak pulak tajuk kena skip cepat2 sebab tak cukup masa.

tunang aku cakap kursus tu general sangattt. masa sekolah dulu pon dah belajar. basic sangat. dia kata apa yang dia nak belajar tak ada dalam kursus tu. haih memang takan lah si penceramah nak kasi details setiap step perkawinan tu kan? kecuali kena belajar dengan buku ke.. tanya ustaz2 tu secara personal ke kan.. main google ke.. tapi aku pon tak puas hati sangat terutama bab komunikasi suami isteri. sepatutnya diterang secara terperinci.

kursus kawin ni memang bagus kalau pergi bersama pasangan/tunang kita ya. dalam dewan ofkos duduk jauh2. aku pegi dengan bertiga bawak kawan sekali dia pon tak lama lagik nak kawin jugak.kalau pergi dengan couple rasanya apa yang disampai penceramah tu memang sampai dalam lubuk hati ni kot2 ada yang terkena dan bakal terkena bila dah kawin nanti. so boleh la saling peringati kan. eh yg tak pegi lagi sila pegi.

satu bab dah settled!