Sunday, May 22, 2011

Nur Kasih the movie

demam Nurkasih kembali!

semalam tengok Nur Kasih kt sunway carnivall mall. ekceli tak rancang pun nak tengok malam tadi. sebab dengan baju kurung lagi balik dari kenduri.  menonton bersama encik tunang dan emak aku. hehehe sempoi habis. my mom sehari sebelum tu dah cakap teringin nak tengok nurkasih the movie. dengan encik tunang pulak memang dah plan seminggu before movie tu keluar. dah alang2 keluar bertiga bersama encik tunang teruskan lah hajat tu kan. mak macam terkejut mula2 macam malu2 kucing nak tengok wayang dengan bakal menantu ekeke. dulu2 kalau tengok wayang mesti dengan dia je or dengan kawan2 yg bawak mak diorang sekali. ala sekali sekala mak =P

masa pergi kat kaunter nak pilih seat memang sakit hati jugak lah. sebab full house ok. yang kosong cuma seat depan sekali n kedua depan. nak tak nak kitaorang hantam saja lah. memang melangut lah kepala kan. mak sampai pening nak tengok skrin hehe apetah lagi kalau babak jalan ke lari laju wahhh pitam aku.

perlu ke review movie ni? pastikan yang nak pergi tengok movie ni memang adalah follower dari drama nurkasih dulu.  baru senang nak paham n menghayati versi filem n senang nak mengalir air mata hehe. untuk pertama kalinya aku tengok wayang cerita serius yang suasana panggung sangat sunyi sepi dari mula sampai tamat. kalau tengok wayang aku suka layan cerita gelak2 je or cerita hantu(?). aku bajet ramai yang meng'sebakkan diri tengok cerita ni. aku pun byk kali kena usik ngan en. tunang dia ingat aku nangis. cehh. mata berair je sikit haha.

oh geng makcik2 memang ramai tengok movie ni. termasuk mak aku haha

aku suka lagu Bertemu Cinta dalam movie ni. sekiann.

3 comments:

Hidayati Farhan said...

best kan. tp x nangis pon. hehe

lind said...

hidayati: kental kan ekeke

choclairissa @ intan said...

hehe..i pun dh tgk.. :)

ni review i buat..

http://choclairissa.blogspot.com/2011/05/nur-kasih-movie.html