kursus kahwin DONE! itu pun nak kecoh kan? nak kawin lagi berapa bulan baru kalut nak pegi kursus.
aku pegi kursus kat Hasani. penceramah ada yang best ada boring. itu normal la. pada aku kursus kawin tak cukup 2 hari. penceramah yg best suka meleret cerita buat lawak tapi tu lepas banyak pulak tajuk kena skip cepat2 sebab tak cukup masa.
tunang aku cakap kursus tu general sangattt. masa sekolah dulu pon dah belajar. basic sangat. dia kata apa yang dia nak belajar tak ada dalam kursus tu. haih memang takan lah si penceramah nak kasi details setiap step perkawinan tu kan? kecuali kena belajar dengan buku ke.. tanya ustaz2 tu secara personal ke kan.. main google ke.. tapi aku pon tak puas hati sangat terutama bab komunikasi suami isteri. sepatutnya diterang secara terperinci.
kursus kawin ni memang bagus kalau pergi bersama pasangan/tunang kita ya. dalam dewan ofkos duduk jauh2. aku pegi dengan bertiga bawak kawan sekali dia pon tak lama lagik nak kawin jugak.kalau pergi dengan couple rasanya apa yang disampai penceramah tu memang sampai dalam lubuk hati ni kot2 ada yang terkena dan bakal terkena bila dah kawin nanti. so boleh la saling peringati kan. eh yg tak pegi lagi sila pegi.
satu bab dah settled!
Monday, July 4, 2011
Monday, June 27, 2011
tolong vote OP yang saya shortlist... dah pening kepala ni
sebab terlalu banyak pilihan atau dah tak ada pilihan?? hahaha
pilihan pertama dan kedua yang telah meng-frust-kan aku. maknanya aku tak dapat booking la. aku tak nak letak url website dorang. bahaya nanti dorang boleh detect aku sedang bercakap2 kat sini haha. aku boleh kasi url fb je lah ok.
no.1)
beliau ialah kawan blog yang aku dah lama kenal sejak tahun 2006-2007. memang friendly betul dia. baik sangattt talak sombong punya. makin lama tengok hasil kerja dia makin mantap. sampai termimpi2 laa bila aku kawin nanti aku nak hire dia je. then lepas beberapa tahun aku stop blogging aku just jadi silent readers pada semua kawan2 blogger yg lain. ada baca satu entri dia terselit dia tulis macam nak berehat ke cuti ke apa dari shoot wedding masa bulan aku nak kawin tu. so aku senyapp laa sampai berapa bulan lepas baru aku tanya dia. memang jawapan hampa sebab dah ada orang booked n dah bayar depositt. nangis aku ok. aku siap cakap kat dia kot2 aku boleh tukar tarikh kawin sebab nak hire dia hahaha. memang tak dapek laa sebab aku dah booking dewan dekat rumah aku. bukan senang nak tukar. paham2 je la cuti sekolah memang full house. sebab tu aku benci kenduri time cuti sekolah. *emo tetibaaa*
ramai b2b yg hire dia jugak. yang aku perasan salah seorangnya ialah reen tart nenas.
2)
rasanya dia asal penang. tapi tinggal area kl maybe. sebab dia ada dalam senarai northern 20 photographers.
tapi malangnya dia tak pernah reply email aku walaupon dah banyak kali okkk aku email dia mintak quotation. maybe dia busy. maybe email masuk spam. maybe aku tak layakk hire dia? i dont know whyyy! hahaha ok aku kena sedar diri yang aku hanyalah serangga hahaha. ok boleh telan air liur yg meleleh tu. tapi aku memang suka gambar2 dia.
yang kat atas ni terpaksa aku pejamkan mata.
ok sekarang nak buat pilihan lain. aku buntu dan buntu. dah ada senarai pendek. semuanya area penang. aku dah pening nak tambah survey lagi. tapi kalau ada sila lah suggest haaha.. masa dah suntuk wehh.. aku dok terhegeh2 lagi nak pilih2. ada laa beberapa OP yang aku hampir2 nak booking dahh tapi lebih kurang jadi macam kes no.1 kat atas la. sebab terhegeh2 aku punya pasal. so padan muka kannn.

senarai pendek OP utk akad nikah, bersanding, bertandang.
cuma available tarikh akad nikah sahaja. pakej shoot & burn pon ada. sekali dengan album pon ada. utk satu event akad nikah aku rasa dia paling murah sekali. sikit lagi rasa nak buat payment sekarang hehe. kalau nak puas sila tengok website dia terus. gambar adalah sangat besarrr. yang ni boleh fokus untuk majlis akad nikah saja.
gambar ala2 old skul vintage gitu. macam tak ramai rasanya photographer kat penang yg buat style macam dorang. eh ke aku yang tak tau? heh. oh dorang ni adalah 2 orang. dah jumpa pun. dah tengok sample album pon. dorang peramah jugak. album dorang suggest photobook berbanding custom. tapi terpulang pada customers utk pilih. aku asyik mintak quotation sejak berapa bulan lepas. rasanya dah dekat 10 quotation macam2 aku mintak. tapi tak booking2 pon lagi hahaha. dorang agak penyabar hahaha. masih lagi available untuk 3 event (akad nikah & 2 resepsi). oh dorang ada caj untuk ke majlis bertandang ke ipoh.
kalau amik 3 event dengan dia memang untung gila. banyak pulak extra gift dia kasi. harga boleh tahan murah jugak. tengok kat website dia memang biasa cover majlis untuk dewan. oh dia seorang sahaja ok. extra caj kalau nak tambah photographer. lagi satu tak ada extra caj kalau pegi majlis kat ipoh. shoot & burn berbalaoi jugak. tapi macam rajin ke aku nak edit gambar? jadi gambo berbelang baru tauuu kan? tapi dia shoot kat dewan memang sedia cantik. so no wonder la chandilier2 tu mencantikkan gambar kann. aku pulak hanya sewa dewan rakyat court badminton yg panas tu je. so boleh ke cantik2 mcm pic2 kat atas ni? hihih
tolong vote yee yang mana satu. no.1 ke no.2 ke no.3 ke.. kalau nak lebih puas kena tengok gambar kat website dorang. kat info fb ada dorang letakkan url website. aku dah suntuk wehh. ikut hati aku amik semua skali boleh?? gila tamak ni. utk bertandang di ipoh aku tak jumpa lagi. so kalau boleh disekalikan satu pakej satu vendor. kalau boleh laa. serius aku nak ketiga2 ni jadi OP aku. banyak duit hang dalam bank tu yaaa? hihihi
update: photographer no.3 dah fully booked! makin parah dah keadaan aku sekarang ni. help! any suggestion?? OP dari luar penang pon takpa lahh kalau macam ni punya keadaan. dush dushh

Wednesday, May 25, 2011
keliru kain nikah dan kain bertandang
dah sebulan lebih beli kain untuk nikah. tapi tak terasa langsung nak cerita. ok ekceli nak beli kain untuk nikah. memang asalnya haruslah color putih. memang dah sinonim sangat untuk akad nikah kan. aku pulak tak reti nak pilih2 kain lace tu. ikut hati nak je pakai chiffon. tapi mesti kena bangkang dengan mak n encik tunang. katanya simple sangat. eleh. padahal yang tu lagik cantik n sedap pakai.
pilih punya pilih semua aku tak berkenan sangat sebab konpius nak pilih apa yang sesuai. lepas tu nampak pulak lace color pink belacan benang gold. color feveret aku. mak bangkang betul. dia tak kasi pakai pink time nikah. dia kata "orang pakai putih ja la time nikah.. mana ada color2 ni" huwaaa frust la kejap. aku kan tak suka sama macam orang sangat. memang lah nak pelik2 sikit kan. asyik sama ngan orang je kannn. memang saja carik pasal lah kan aku ni :P
akhirnya aku beli jugak kain lace yang paling murah kat situ. free sekali kain satin utk lelaki. memang simple sesangat lace dia takde lip lap bagai. cuma sulam2 je. aku memang bajet buat baju kurung moden je untuk nikah.
tapi kan lepas tu aku sempat lagik beli 4 meter kain chiffon bersulam color peach pink. memang simple sesangat tapi aku suka gila ok! kain satin beli color peach pink yang agak striking. gila kan? cadangnya nak pakai masa majlis bertandang memikirkan belah encik tunang cuma buat majlis yang simple je. no pelamin semua tu. aku terlupa kejap pasal kulit kami yang gelap ni tetiba nak pakai color pink peach mcm striking tu. adeh. tapi suka sangat color tu. iskk
sekarang ni ada masalah lain pulak. kami rasa nak amik pakej kat satu butik pengantin. dalam pakej tu dia kasi 2psg baju. maknanya mestilah lah pakai satu untuk majlis belah aku dan satu lagi belah lelaki. so apa aku nak buat dengan kain chiffon color peach tu? aku berangan nak ada majlis berinai malam sebelum majlis tu buat macam adat org2 melaka. saudara mara aku mesti ada bersanding malam. aku pon nak jugak kan. teringin jugak. masalahnya aku tak buat kenduri kat sana. so kempunan lah jugak. nak buat dekat sini aku takut orang penang ni pelik pulak. ye lah tetiba bising dengan kompang dengan mercun nya. mahu nya org report polis pulak sebab buat bising.. telan ayaq lioq ja la. mcm mana pun tengah tunggu permisi family aku kat sini.
panjangnya bebel. nak ringkas kan. persoalan disini kain lace putih tu aku nak pakai bila? kain chiffon peach pulak waktu bila sesuai pakai? pastu pulak sekarang ni aku berangan nak pakai all white masa resepsi belah aku. family aku sure tak setuju kalau nikah dengan bersanding pakai color putih sesama. kena pilih salah satu la kan. garu kepala tak sudah ni.
pendirian tak pernah tetap selagi tak habis majlis.

Sunday, May 22, 2011
Nur Kasih the movie
demam Nurkasih kembali!
semalam tengok Nur Kasih kt sunway carnivall mall. ekceli tak rancang pun nak tengok malam tadi. sebab dengan baju kurung lagi balik dari kenduri. menonton bersama encik tunang dan emak aku. hehehe sempoi habis. my mom sehari sebelum tu dah cakap teringin nak tengok nurkasih the movie. dengan encik tunang pulak memang dah plan seminggu before movie tu keluar. dah alang2 keluar bertiga bersama encik tunang teruskan lah hajat tu kan. mak macam terkejut mula2 macam malu2 kucing nak tengok wayang dengan bakal menantu ekeke. dulu2 kalau tengok wayang mesti dengan dia je or dengan kawan2 yg bawak mak diorang sekali. ala sekali sekala mak =P
masa pergi kat kaunter nak pilih seat memang sakit hati jugak lah. sebab full house ok. yang kosong cuma seat depan sekali n kedua depan. nak tak nak kitaorang hantam saja lah. memang melangut lah kepala kan. mak sampai pening nak tengok skrin hehe apetah lagi kalau babak jalan ke lari laju wahhh pitam aku.
perlu ke review movie ni? pastikan yang nak pergi tengok movie ni memang adalah follower dari drama nurkasih dulu. baru senang nak paham n menghayati versi filem n senang nak mengalir air mata hehe. untuk pertama kalinya aku tengok wayang cerita serius yang suasana panggung sangat sunyi sepi dari mula sampai tamat. kalau tengok wayang aku suka layan cerita gelak2 je or cerita hantu(?). aku bajet ramai yang meng'sebakkan diri tengok cerita ni. aku pun byk kali kena usik ngan en. tunang dia ingat aku nangis. cehh. mata berair je sikit haha.
oh geng makcik2 memang ramai tengok movie ni. termasuk mak aku haha
aku suka lagu Bertemu Cinta dalam movie ni. sekiann.

Subscribe to:
Posts (Atom)