Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 14, 2011

tak boleh nikah kat rumah. plan dirombak

lepas satu.. satu dugaan lagi ehehe. gelak sudah laa.

lepas hal baju nikah masalahh ingat dah ok yang lain2. tapiii.. hari sabtu lepas ustaz yang nak nikahkan nanti call rumah. dia cakap dapat arahan dari orang atas tak boleh menikah kat rumah. kena nikah kat masjid atau surau sahaja.

macam terhenti nafasku sekejap huhu..

dah macam2 aku plan macam ni la pulak jadinya. ikut perancangan akad nikah lepas isyak. atucara majlis memang kena rombak walaupon dah nampak kucar kacir sikit.

dah call Jab. Agama Islam Negeri untuk kepastian arahan nikah kat masjid sahaja betul or tidak. cakap dengan ustaz tu ustaz ni. aku dimaklumkan yang Jab. agama islam tak pernah keluarkan memo atau arahan yang macam tu pon. kata ustaz tu boleh nikah kat rumah cuma tak digalakkan je. sekarang ni terpulang pada tok kadi.

call balik pej. agama daerah dorang tetap dengan keputusan menikah di masjid. saja tanya kalau pengantin uzur gimana ustaz? dia kata kita cari je ruang2 tepi kat dalam masjid tu. oh ustazz rumah saya dekat dengan masjid. apa salahnyaa alang2 datang rumah saya terussss. boleh makan  kenduri sekali kannn?

aku tak sure pejabat agama daerah lain ada masalah macam ni ke tak.

tapi takkan lah nak argue ngan org pej. agama hanya semata nak menikah dirumah??

oh aku nak menikah. janji menikah.

kena cari kasut nak pergi masjid walaupon dekat. takkan nak gonjeng pakai selipar crocs 10 hengget tu kannn?

perihal baju nikah.. dah hantar alter. cuma longgarkan sikit baju dan kain. tetap meleretss. nanti dayang2 aku kena tolong pegang kain jalan masuk masjidd. over kan? carik merata2 butik baju kurung warna putih tapi nan ado. kebanyakan kurung moden kain chiffon cuma ada off white ke cream. kenot2 sebab tak berapa kena dengan baju lelaki. ada jumpa pon putih design cantik tapi saiz tak ada. so balun je lah pakai baju yg yang sedia ada tu. nasib lahh :P

Wednesday, November 9, 2011

nangis tengok baju nikah

tajuk tak boleh blah.

tapi memang tengah kecewa. amik baju nikah 2 pasang putih + peach dari butik. ingatkan mesti ok punya baju2 tu. rupanya hanya harapan belaka. punah, hancur, luluh hati aku bila try pakai.

baju putih tu asalnya nak buat kurung moden cukop lah. tapi akibat terpedaya dengan kata2 org butik "pakai kebaya labuh lah cantikkk"

memang la cantik kalau kena gaya. sekali aku pakai betul2 melekap ketattt kat badan kot. aku dah terpikir ni baju nikah ke baju nak naik pentas catwalk? dah la kain dia buat ala2 duyung style empire tu meleret ke belakang. alooo ni baju nikah kot. aku nikah kat umah je. perlu ke meleret bagai?

lining pon betul2 atas pinggang. aku tunduk sikit je memang sah nampak badan belakang. mau terbeliakk mata tok kadi ngan family nanti kangg?

memang aku nangis beb. nak carik baju lain bukan ini masanya. suntuk sangat dah. seminggu lebih je lagi. lagi satu pasal tudung. aku dah siap pesan simpan sikit lace baju aku nak lekat kat tudung. tapi tak ada pon.

baju peach aku cakap takyah la buat tingkat2 ke rambu  ramba ke apa.. tapi ada jugakk. rosak kain. aku bukan penggila fesyen. aku adalah org yang tak reti berfesyenn. tak kesian ke kat aku jad mangsa ni. mahal kot upah jahit baju dedua tuu.

rasa nak mengamuk je. tapi aku sabar. sebab banyak lagik proses lepas ni. apa pulak cerita baju sanding ngan baju tandang nanti? apa pulak cerita pelamin aku nanti? apa pulak cerita mekap aku nanti? apakah nasibbb selepas ni?

muka dah mencuka dari petang tadi. macam mana nak senyum ni?

Tuesday, November 1, 2011

Real Wedding - Q's wedding

centerpiece

doorgift


best dapat pegi kenduri kahwin Qyla & Rafael kat Hotel Seri Malaysia semalam. para pengantin (2 pasang) cantik2 dan tampan2. pelamin kelazzz! aku suka gabungan kaler merah purple! makanan sedap sangat. suasana meriah sangat. glemer mcm artis ye lah kan tetamu yang dtg tanak berganjak dan tanak bangun dari meja walaupon dah abis makan sebab nak tunggu pengantin sampai hahaha..

serius la memang meriah betul. aku sampai pikir kenduri artis mana la aku attend ni. aku siap paksa2 tunang aku pegi kehulur hilir jadi paparazi ambil gambar candid pengantin heheh.. aku pulak malu nak pegi depan jumpa pengantin sebab photographer ramai sangatt.. malu ai! ahahaha.. sorry noh q.. aku update dulu. tunggu hang update mesti lambat lagi :P

meh layan beberapa gambar yg aku rajin upload. padahal gambar pengantin punya laa byk tunang aku amik tapi aku malas nya nak resize. 




photo guestbook by Rosebay Creations

pelamin yang gojes!









watermark pon tak ada. belasah je laaa hehehe


Saturday, October 22, 2011

muhasabah diri dengan bacaan yg bermanfaat.

Kredit: iluvislam.com

"Berapa hantarannya?"

"Kenduri bila?"

"Honey moon di mana?"

Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.

Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema serupa!

Namun adalah satu kesilapan bagi bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya.

Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.

LARI DARI MASALAH

Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup. Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.

Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa, mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas. Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan, pakaian dan kediaman akan terurus.
Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : JANGKAAN & HARAPAN, KOMUNIKASI dan PENYELESAIAN KONFLIK.

Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.
JANGKAAN & HARAPAN

Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu. Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.

Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan. Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.

Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.

Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan: kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.

Kita tidak boleh mengubah diri seseorang. Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama, tabiat itu akan diulangi. Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.

KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK

Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.
Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik, tidak puas hati dengan rakan sepejabat, bagaimanakah anda menyelesaikannya?

Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif? Atau anda lebih suka memendam rasa?

Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?

Ini penting kerana dalam perkahwinan, seringkali akan timbul perselisihan pendapat. Jika anda tidak cekap berkomunikasi, lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.

Pokoknya, jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini. Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.

Contoh: Sesetengah wanita kuat merajuk, suka bermasam muka dan membatu apabila marah. Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.
Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.

Apabila sudah sering berlaku begini, tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.

Perlu diingat, sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.

REALITI KONFLIK

Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut. Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan untuk lebih memahami suami/ isteri anda.

Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:
  1. Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain. Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri, buat kerja rumah. Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit, tapi masa dan tenaga. Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini. Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
  2. Pengendalian wang – belajar untuk bajet.
  3. Mertua (termasuk ipar duai) – beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda. Untuk ibu dan bapa mertua khususnya, sukar untuk 'let go' atau melepaskan anak.
  4. Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.
  5. Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.
  6. Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu. Adakah ini wajar? Jika sudah tahu demikian, sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?
TIPS BONUS
  1. Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
  2. Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh. 
  3. Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya. 
  4. Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama. Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan. 
  5.  Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri). 
  6.  Menghargai suami/ isteri. Jangan 'take for granted' perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil. 
  7.  Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan! 
  8.  Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
  9.  Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. Perlu diselesaikan segera.
Mudah-mudahan tips di atas menjadi sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang diberkati oleh Allah. Wallahua'lam.