Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 25, 2011

keliru kain nikah dan kain bertandang

dah sebulan lebih beli kain untuk nikah. tapi tak terasa langsung nak cerita. ok ekceli nak beli kain untuk nikah. memang asalnya haruslah color putih. memang dah sinonim sangat untuk akad nikah kan. aku pulak tak reti nak pilih2 kain lace tu. ikut hati nak je pakai chiffon. tapi mesti kena bangkang dengan mak n encik tunang. katanya simple sangat. eleh. padahal yang tu lagik cantik n sedap pakai.

pilih punya pilih semua aku tak berkenan sangat sebab konpius nak pilih apa yang sesuai. lepas tu nampak pulak lace color pink belacan benang gold. color feveret aku. mak bangkang betul. dia tak kasi pakai pink time nikah. dia kata "orang pakai putih ja la time nikah.. mana ada color2 ni" huwaaa frust la kejap. aku kan tak suka sama macam orang sangat. memang lah nak pelik2 sikit kan. asyik sama ngan orang je kannn. memang saja carik pasal lah kan aku ni :P

 
akhirnya aku beli jugak kain lace yang paling murah kat situ. free sekali kain satin utk lelaki. memang simple sesangat lace dia takde lip lap bagai. cuma sulam2 je. aku memang bajet buat baju kurung moden je untuk nikah.

tapi kan lepas tu aku sempat lagik beli 4 meter kain chiffon bersulam color peach pink. memang simple sesangat tapi aku suka gila ok! kain satin beli color peach pink yang agak striking. gila kan? cadangnya nak pakai masa majlis bertandang memikirkan belah encik tunang cuma buat majlis yang simple je. no pelamin semua tu. aku terlupa kejap pasal kulit kami yang gelap ni tetiba nak pakai color pink peach mcm striking tu. adeh. tapi suka sangat color tu. iskk



sekarang ni ada masalah lain pulak. kami rasa nak amik pakej kat satu butik pengantin. dalam pakej tu dia kasi 2psg baju. maknanya mestilah lah pakai satu untuk majlis belah aku dan satu lagi belah lelaki. so apa aku nak buat dengan kain chiffon color peach tu? aku berangan nak ada majlis berinai malam sebelum majlis tu buat macam adat org2 melaka. saudara mara aku mesti ada bersanding malam. aku pon nak jugak kan. teringin jugak. masalahnya aku tak buat kenduri kat sana. so kempunan lah jugak. nak buat dekat sini aku takut orang penang ni pelik pulak. ye lah tetiba bising dengan kompang dengan mercun nya. mahu nya org  report polis pulak sebab buat bising.. telan ayaq lioq ja la. mcm mana pun tengah tunggu permisi family aku kat sini.

panjangnya bebel. nak ringkas kan. persoalan disini kain lace putih tu aku nak pakai bila? kain chiffon peach pulak waktu bila sesuai pakai? pastu pulak sekarang ni aku berangan nak pakai all white masa resepsi belah aku. family aku sure tak setuju kalau nikah dengan bersanding pakai color putih sesama. kena pilih salah satu la kan. garu kepala tak sudah ni.

pendirian tak pernah tetap selagi tak habis majlis.

13 comments:

LisaLisut said...

lind. i like ur mom. i pn dlu cmtu.nk kain putih je utk nikah ececece..
last off white.

jimat jgk kalau u amik dgn butik tu.gunakan lah.kain yg u tatau nk buat apa tu buat je baju utk pakai masa nk jalan2 rumah sedara mara belah laki ke ape,kene ade decent kurungs :)

kadang2 lps majlis pn nk tkr baju yg nice takkan nk pakai tshirt ke apa kan.so kain tu bole guna apa.br la nampak pengantin baru yg sweet n sopan.eceh..i ni konservatif jugak kdg2 hehe

Unknown said...

Lind, tak apa baju lebih..jangan tak cukup sudah...maybe yang pasal butik tu boleh nego mintak barang lain ker??hihi just cadangan lah kan..:)

PussyCat said...

agree with lisa!my mum pun pesan bila jalan umah sedara nnt (both sides) pkai baju elok2..elok2 di sini maksudnya cntik + sopan..agar sedap mata memandang pengantin baru! or myb u can use it utk post wedding photo ke?

just my 2cents

en_me said...

ammvoiii sonoknyer nak kawen kanns.. ehehe, salamm ziarah jer

Unknown said...

dulu norapun asyik confuse last2 mak bising ahhahaha dah beli kain nikah tp xjahit lg :((

h.a.n.a.m.i.e.y said...

hye lind...
ermm cantek la wane pink tuh.. tape lind baju tlebih tape jgn terkurang... boleh la u bergaya sakan kan masa majlis nati..
jgn cam mie suda.. beli kain bukn men lama dulu tapi terperap jek dekat rumah tatau nk uat baju design ape...aishh...

Unknown said...

lisa: pakai utk raya tahun depan kan? hehee. pegi kenduri pon boleh kan?

q: tu la pasal. kalo bleh tuka dengan brg lain mmg senang. tp butik mesti ckp semua tu dlm pakej. takleh tuka. akan dicuba

pussycat: post wedding pakai baju kurung? wah mcm nice je. jarang dibuat ni heeh

nora: mmg kena bising la skang ni. nak tanak baju tu mmg kene jahit jugak

mie: bab design adalah masalah terbesa skang ni. kalo boleh nak baju tu boleh pakai banyak kali. sbb kain dia pon dah simple so xkan rasa bazir sgt kot

Unknown said...

hai lind.hehe kalau nak all white belah resepsi, tukar la yang kat nikah tu dear.buat la silver untuk nikah ke?hurm tapi mesti mak u tak setuju kan!!beliau mesti nak off white utk nikah.hihi sabo jela kite ni kan.

psst i salo je jadi macam ni.nak tu tak boleh.nak ni tak boleh.sobs.

Unknown said...

eh yg grey tue kain lace tue eh? same mcm kain baju nikah uya laaaa heheheh

~ NANA ~ said...

dear..buat je baju kurung moden...kot2 petang sanding tu dh peluh or dh agak2 xde tetamu sgt, blh la tuka baju...kekekeke

Reen Tart Nenas said...

tukar topik: lind, betul ke bleh kurus makan herbal life tu? berapa eik harga die?

Hidayati Farhan said...

lind, putih seswai utk nikah. yg pink tu buat baju jalan pengantin pon ok. hehe. meriah sikit pengantin

Elya Roza said...

dulu elya mmg decide taknak pakai putih time nikah, cuz kononnye nnt nk pakai balik.baju sanding sewa ngn butik jee..cuz mls nak keep...
tetapkan je pendirian tu k dear:)