Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 9, 2011

nangis tengok baju nikah

tajuk tak boleh blah.

tapi memang tengah kecewa. amik baju nikah 2 pasang putih + peach dari butik. ingatkan mesti ok punya baju2 tu. rupanya hanya harapan belaka. punah, hancur, luluh hati aku bila try pakai.

baju putih tu asalnya nak buat kurung moden cukop lah. tapi akibat terpedaya dengan kata2 org butik "pakai kebaya labuh lah cantikkk"

memang la cantik kalau kena gaya. sekali aku pakai betul2 melekap ketattt kat badan kot. aku dah terpikir ni baju nikah ke baju nak naik pentas catwalk? dah la kain dia buat ala2 duyung style empire tu meleret ke belakang. alooo ni baju nikah kot. aku nikah kat umah je. perlu ke meleret bagai?

lining pon betul2 atas pinggang. aku tunduk sikit je memang sah nampak badan belakang. mau terbeliakk mata tok kadi ngan family nanti kangg?

memang aku nangis beb. nak carik baju lain bukan ini masanya. suntuk sangat dah. seminggu lebih je lagi. lagi satu pasal tudung. aku dah siap pesan simpan sikit lace baju aku nak lekat kat tudung. tapi tak ada pon.

baju peach aku cakap takyah la buat tingkat2 ke rambu  ramba ke apa.. tapi ada jugakk. rosak kain. aku bukan penggila fesyen. aku adalah org yang tak reti berfesyenn. tak kesian ke kat aku jad mangsa ni. mahal kot upah jahit baju dedua tuu.

rasa nak mengamuk je. tapi aku sabar. sebab banyak lagik proses lepas ni. apa pulak cerita baju sanding ngan baju tandang nanti? apa pulak cerita pelamin aku nanti? apa pulak cerita mekap aku nanti? apakah nasibbb selepas ni?

muka dah mencuka dari petang tadi. macam mana nak senyum ni?

6 comments:

Shakina Farhan said...

sabar ye dear..ade alternatif lain x?

~ NANA ~ said...

sabar k...doa byk2 semoga semuanya OK nnti...psl baju tu, maybe blh tny pendapat ur mom cmne nk buat...jgn nangis2 k :)

Unknown said...

Weh, kalau nak repair sempat tak hang rasa?kalau hang rs sempat, bwk lah p tailor aku tu kot2 dia boleh tolong..nk tak??huhuhuh aku plak cuak..sabar2..ada hikmah nnnt..

Hana said...

sabar2..baju nikah cek pun jd drama jgk tempoh hari.mmg bridezilla sebentar.last2 beli kain lain..upah tempat lain pulak.grrr...

Cik Nasha Nadya said...

salam..

alamak.. kesiannya..hope sbr ye..kdg2 kita kne tegas sikit dgn tkg jahit bju kita tu.. make sure dia wat btul2 saiz utk kita..
jgn nangis2 keh..nk jd bride x lme lg..:)

Fiza Amran said...

insyallah semua ok lepas nie aminnn