Sunday, April 3, 2011

Warna tema

sebelum ni nak color pink untuk tema sanding. tapi ramai tak setuju sebab pink macam lembut tak sesuai untuk lelaki. apatah lagi my dear adalah berkulit gelap. kesian kat dia kan? tapi dia memang tak kisah pun color pink. rasa macam selfish pulak.


bebaru ni dah survey butik. ada lah dalam 5-6 butik kami jelajah. terpikat dengan satu butik ni. tengok design baju macam best la sikit walaupun baju kahwin ni design lebih kurang je pergi memana butik kot. maybe sebab owner dia adalah designer. so baju memang banyak dia yang jahit sendiri.

mata adalah rambang. lepas tengok pink nak purple. lepas tu nak merah. nak turqoise lah. nak kuning lah. adoi. memang tak tetap pendirian. ushar2 color pastel semua macam menarik je. tapi my dear tak nak. dia kata tak naik seri color pastel. haih. nak color garang ke pun. aku cuma risau tenggelam dengan KULIT GELAP kami ni je.

aku suka gak color terang2. so layan kan je la. aku jadik tak cerewet pulak. dah kata dalam gambar boleh jadi cerah. ye la nanti suruh OP edit gambar cerah secerahnya lahh kan. *sedapkan hati*

akhirnya kami decide memilih color maroon & peach. macam jarang orang pakai kan? pelik ke ek? baju contoh tu memang ada kat butik tu tapi jenis baju kebaya. macam pendek je lah kan. so aku request baju baru. buat labuh ala2 jubah.

aku pun takleh imagine lagi rupa sebenar baju tu nanti. maybe banyak maroon yg diguna. peach ada lah terang peach ke pink. huwarghh tak reti nak decribe. betul ke kah ni.




color lebih kurang gabungan diatas. sesuai ke tak ni? ada idea lain? gabungan color lain. ingat nak gabung peach-maroon n cream jugak. macam mana pulak dengan color baju pengapit? color baju family? kalau bagitau family tema gabungan dedua color mesti diorang nak pakai baju color maroon sebab color adalah menyerlah. tak ke tenggelam pengantin? 

aku tak nak diorang overshadow aku ok. yang pasti aku nak glemer dari diorang hahaha.

2 comments:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Kdg2 btl org ckp, pegi butik pengantin br boleh decide warna tema mengikut baju yg sesuai & cantik yg disediakn.. adoi...

anaztasias nora aira said...

sebab tak semua butik ada warna yang kita nak..!! hai salam kenal b2b. jom exchange link :)